Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 9

10 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 9 Mac 2026 – Pada minggu ke-9 program Kelas Mahir Foto, sesi pembelajaran telah diadakan pada 3:00 petang hingga 4:30 petang secara dalam talian. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari NADI Bengoh yang menunjukkan komitmen tinggi untuk mempelajari kemahiran fotografi digital.

Topik yang dibincangkan pada minggu ini ialah “Penjelasan Asas Tentang Proses Suntingan Fotografi.” Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada tujuan utama proses suntingan gambar selepas pengambilan foto.

Antara perkara yang dipelajari termasuk:
1. Memperbaiki Kekurangan
Peserta diterangkan tentang cara memperbaiki kelemahan pada gambar seperti melaraskan kecerahan, kontras, serta membuang elemen yang mengganggu agar foto kelihatan lebih kemas dan jelas.
2. Menonjolkan Keindahan
Sesi ini turut menerangkan bagaimana suntingan boleh meningkatkan warna, memperjelas butiran gambar, dan mewujudkan mood tertentu bagi menjadikan foto lebih menarik.
3. Menyampaikan Cerita Visual

Peserta juga didedahkan dengan konsep bagaimana suntingan gambar dapat membantu menyampaikan cerita melalui visual dengan menyelaraskan tona dan gaya gambar.
Sepanjang sesi berlangsung, penerangan diberikan secara langkah demi langkah bagi memastikan peserta memahami asas suntingan fotografi dengan lebih jelas. Walaupun hanya seorang peserta yang hadir, sesi berjalan secara interaktif dan memberi peluang kepada peserta untuk bertanya serta mendapatkan penerangan yang lebih mendalam.
Secara keseluruhannya, kelas pada minggu ini berjaya memberikan pendedahan asas mengenai kepentingan proses suntingan dalam menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan bermakna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali