Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 5
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 9 Februari 2026 – Seorang peserta daripada Kelas Mahir Foto Intake 3 telah menghadiri kelas minggu ke-5 yang berlangsung di NADI Bengoh pada hari Isnin, dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran fotografi dalam kalangan komuniti setempat.
Pada sesi kali ini, peserta didedahkan dengan topik tips smartphone, elemen & perspektif dalam fotografi, teknik composition dan jenis-jenis fotografi. Topik kali ini juga memberi fokus kepada teknik merakam bangunan serta struktur dengan komposisi yang tepat dan nilai estetik yang tinggi. Peserta turut mempelajari cara menonjolkan subjek melalui sudut penggambaran yang sesuai agar hasil foto kelihatan lebih menarik dan profesional.
Kelas dijalankan secara atas talian dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, sekali gus membolehkan peserta memahami konsep fotografi dengan lebih mendalam melalui penerangan terperinci serta contoh visual yang jelas.
Penganjuran kelas seperti ini mencerminkan komitmen NADI Bengoh dalam memperkasakan kemahiran digital dan kreatif masyarakat, di samping membuka peluang kepada peserta untuk meneroka bidang fotografi secara lebih serius dan berpotensi menjadikannya sebagai kemahiran bernilai pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: