Nadi X Kesedaran (Kis) - Taklimat Buli Siber - Sesi Februari 2026
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 9 Februari 2026 – Seramai enam orang kanak-kanak telah menyertai program NADI x Awareness (KIS): Taklimat Buli Siber yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang di NADI Bengoh. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli siber serta mendidik golongan muda agar menggunakan internet secara berhemah dan selamat.
Sepanjang taklimat, para peserta didedahkan dengan penerangan mengenai maksud buli siber, contoh situasi yang sering berlaku di platform digital, serta kesan negatif yang boleh menjejaskan emosi dan kesejahteraan mangsa. Selain itu, kanak-kanak turut diberi panduan tentang langkah-langkah melindungi diri ketika berada dalam talian dan kepentingan melaporkan sebarang bentuk gangguan kepada individu yang dipercayai.
Bagi menjadikan sesi lebih interaktif, program ini turut menyediakan satu kuiz melalui laman web quiz.com untuk menarik perhatian peserta serta menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang disampaikan. Aktiviti tersebut berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping membantu peserta memahami isu buli siber dengan lebih jelas.
Penganjuran program kesedaran seperti ini membuktikan komitmen NADI Bengoh dalam membentuk masyarakat celik digital, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, agar mereka lebih peka terhadap keselamatan siber dan mampu mengamalkan etika komunikasi yang positif dalam dunia maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: