Mobile Legends Season 4 – Peringkat Kumpulan Negeri Sarawak
9 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu bertarikh 08 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai pertandingan Mobile Legends (MLBB) Season 4 peringkat kumpulan bagi Negeri Sarawak yang diadakan secara atas talian. Pertandingan tersebut berlansung selama tiga jam bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari dan disertai o satu pasukan yang terdiri daripada lima orang remaja lelaki.
Pasukan BRS E-Sport telah berlawan menentang empat kumpulan lawan di dalam kumpulan seperti berikut:
1. NADI Bengoh vs NADI Kampung Braang Bayur
2. NADI Bengoh vs NADI Kampung Gedong
3. NADI Bengoh vs NADI Kampung Tuie
4. NADI Bengoh vs NADI NADI Pekan Belaga
Walaupun demikian, nasib tidak menyebelahi NADI Bengoh kerana telah tewas menentang kesemua pasukan lawan dan gagal untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Kami berharap agar semangat juang para ahli pasukan pada kali ini akan terus membara pada musim akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: