Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 22

9 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 8 Jun 2026 – Seorang penduduk tempatan telah menyertai Kelas Pertanian Pintar Minggu 22 yang berlangsung di NADI Bengoh pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas kali ini membawakan topik “Kamera Jadi Duit: Jom Jana Income dengan Content Visual (Foto & Video)” yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi menjana pendapatan melalui penghasilan kandungan visual.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik asas penghasilan foto dan video yang menarik untuk tujuan promosi produk pertanian serta pemasaran digital. Peserta turut mempelajari kepentingan pencahayaan, sudut rakaman, penyuntingan ringkas dan penggunaan platform media sosial bagi meningkatkan capaian kepada pelanggan.
Melalui kelas ini, peserta memperoleh pengetahuan baharu tentang bagaimana kandungan visual yang berkualiti dapat membantu mempromosikan hasil pertanian dengan lebih berkesan serta membuka peluang menjana pendapatan tambahan melalui pemasaran dan penciptaan kandungan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali