WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Belum Sakit, Tak Perlu Check” – Betul Ke? | S135

9 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Jun 2026, Isnin – Seorang peserta telah mengikuti sesi tontonan video pendek Studio Sihat di NADI Bengoh yang bertajuk “Belum Sakit, Tak Perlu Check” – Betul Ke? | S135. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala walaupun seseorang individu berasa sihat.

Melalui video tersebut, peserta didedahkan kepada maklumat bahawa beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah buah pinggang dan hati boleh berlaku tanpa simptom yang jelas pada peringkat awal. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala penting untuk mengesan masalah kesihatan lebih awal dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Selain itu, peserta turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan sekiranya mempunyai faktor risiko seperti sejarah penyakit keluarga, tekanan darah tinggi atau diabetes. Program ini berjaya memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan dan melakukan saringan kesihatan secara berkala.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali