WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Letih Tapi Tak Nampak – Burnout Surirumah Itu Real! (P065)
9 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2026, iaitu pada hari Khamis, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Dalam episod podcast kali ni, kami borak jujur bersama Puan X, seorang Surirumah tentang:
✨ Tanda-tanda burnout Surirumah yang selalu diabaikan
✨ Kenapa Surirumah lebih berisiko stres senyap
✨ Cara mula jaga kesihatan mental tanpa rasa bersalah
Surirumah selalu dianggap “tak kerja”, tapi hakikatnya mental & emosi paling penat. Kalau rasa cepat marah, kosong, hilang semangat walaupun duduk rumah — ini mungkin burnout. Topik ini untuk untuk semua Surirumah, Ibu bekerja & pasangan — video ni WAJIB tonton. Anda tidak keseorangan.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu tentang burnout surirumah yang sering diabaikan oleh golongan masyarakat termasuk individu itu tersendiri. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: