Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 9 (Sesi 1)
8 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2026, hari Isnin, Kelas NADI Mahir Masak Minggu 9 telah berlangsung di NADI Bengoh dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Program ini telah disertai oleh seorang peserta yang mengikuti sesi pembelajaran tentang penyediaan pelbagai hidangan pencuci mulut.
Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah didedahkan kepada penyediaan tiga jenis dessert iaitu Gula Melaka, Pengat Pisang dan Bubur Cha-Cha. Peserta berpeluang mempelajari kaedah penyediaan, penggunaan bahan-bahan yang sesuai serta teknik asas bagi menghasilkan pencuci mulut tradisional yang enak.
Kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan, khususnya penyediaan kuih-muih dan pencuci mulut. Selain itu, program ini juga membantu peserta menambah pengetahuan serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyediakan hidangan secara kendiri.
Secara keseluruhannya, program NADI Mahir Masak Minggu 9 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk mempelajari kemahiran baharu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: