Program Nadipreneur & Empowerher Live Webinar 35 & 36 (Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan) - Sesi Ogos 2026

7 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2026 (Khamis), seramai dua orang peserta telah menyertai NADIPRENEUR & EMPOWERHER LIVE WEBINAR 35 & 36 yang berlangsung secara dalam talian di NADI Bengoh dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Webinar ini dikendalikan oleh Coach Salwa Mohd Saleh dengan SSO Usahawan sebagai hos, bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek perancangan perniagaan dan pengurusan kewangan.

Sesi pertama bertajuk Perancangan Perniagaan: Bina Avatar Pelanggan Bisnes Anda memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengenal pasti profil pelanggan sasaran bagi membantu usahawan membina strategi pemasaran yang lebih berkesan. Peserta turut didedahkan kepada kaedah memahami keperluan, minat dan tingkah laku pelanggan agar produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memenuhi kehendak pasaran.

Sesi diteruskan dengan topik Perancangan Kewangan: Selamatkan Duit Perniagaan Anda, yang memberi fokus kepada pengurusan kewangan perniagaan secara sistematik. Peserta mempelajari kepentingan mengurus aliran tunai, mengawal perbelanjaan, membuat simpanan serta merancang kewangan dengan lebih bijak bagi memastikan kelangsungan dan perkembangan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Melalui penyertaan dalam webinar ini, para peserta berjaya menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan perniagaan yang lebih strategik. NADI Bengoh berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk memperkukuh perniagaan sedia ada serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan komuniti untuk terus meningkatkan daya saing dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali