WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Nak Glow-Up, Girls – Aesthetic Selamat, Bukan Untuk Menyesal (W113)
7 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Januari 2026, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Bersama penceramah jemputan; Dr Noor Ameera Rahmat, Doktor Perubatan & Pengasas Pusat Kulit Usraa, beliau memberi penjelasan jujur & berfakta tentang rawatan kecantikan yang selamat. Nak cantik tu tak salah, tapi salah kalau buat tanpa ilmu. Zaman sekarang semua nak glow-up cepat — filler, botox, laser, skincare viral. Soalan dia, adakah rawatan tersebut selamat atau tidak? Sesuai ke dengan muka & kulit kita?
Webinar kali sesuai untuk kaum wanita yang ingin cantik tetapi juga harus mengetahui cara yang selamat dan sihat. Peserta juga dialu-alukan untuk tanya soalan, buang ragu & buat keputusan bijak sebelum sentuh apa-apa prosedur aesthetic.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu tentang cantik dan rawatan aesthetic dengan selamat. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: