WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Dr Google vs Dr 'Real Life' (W177)

6 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2026 (Sabtu), seorang peserta dari komuniti tempatan telah mengikuti webinar “Dr Google vs Dr ‘Real Life’? Mana Satu Nak Ikut?” yang menampilkan Dr Nurleiyana Ramly, Pegawai Perubatan MRIC Healthcare di NADI Bengoh pada jam 9.00 pagi.

Webinar anjuran NADI Malaysia bersama Studio Sihat itu berlangsung dengan fokus kepada cara mendapatkan maklumat kesihatan yang betul, membezakan fakta dan mitos serta membuat keputusan lebih bijak berkaitan kesihatan diri.

Walaupun internet menyediakan akses pantas kepada pelbagai maklumat kesihatan, carian simptom secara sendiri boleh menyebabkan seseorang membuat kesimpulan yang tidak tepat. Satu simptom yang sama juga boleh dikaitkan dengan pelbagai keadaan, sedangkan diagnosis sebenar memerlukan penilaian profesional berdasarkan sejarah kesihatan, pemeriksaan dan, jika perlu, ujian tertentu.

Justeru, orang ramai disarankan supaya menjadikan maklumat dalam talian sebagai rujukan awal, bukan pengganti kepada penilaian doktor.
Program ini turut disiarkan menerusi Google Meet, YouTube Live Studio Sihat dan Facebook Live NADI Malaysia, dengan peserta diwajibkan mendaftar melalui Google Form serta sistem NES (MCMC) menggunakan kod W177.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali