Nadi X Kesedaran - Taklimat Pengasuhan Digital Ii - Sesi Mac 2026
5 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu, 4 Mac 2026, seramai enam orang wanita tempatan telah menyertai program Taklimat Pengasuhan Digital II yang berlangsung di NADI Bengoh menerusi platform Google Meet pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai kepentingan pemantauan penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak. Taklimat tersebut memberi panduan praktikal kepada ibu bapa tentang cara mengawal serta membimbing anak-anak menggunakan teknologi digital secara selamat dan bertanggungjawab.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai tips pengasuhan digital, termasuk kaedah menetapkan had penggunaan telefon pintar, mengenal pasti risiko kandungan dalam talian serta langkah membina komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak berkaitan penggunaan internet.
Para peserta turut menunjukkan minat yang tinggi dengan berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai cabaran mendidik anak-anak dalam era digital masa kini. Program seperti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran komuniti, khususnya ibu bapa, tentang peranan mereka dalam memastikan keselamatan anak-anak ketika melayari dunia siber.
Pihak NADI Bengoh berharap agar lebih banyak program kesedaran digital seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu masyarakat setempat meningkatkan literasi digital serta penggunaan internet secara selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: