Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 3
27 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 26 Januari 2026, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Foto yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Dalam kelas mahir Foto minggu ketiga ini, peserta dijelaskan tentang “Ap aitu Mobilegrafi?” Mobilegrafi ialah gabungan daripada dua perkataan, iaitu mobile, peranti mudah ahli seperti telefon pintar dan fotografi, iaitu seni merakam imej menggunakan cahaya. Mobilegrafi adalah seni mengambil gambar dengan telefon pintar. Ia juga dikenali sebagai “phonegraphy”.
Rumusan dari pembelajaran minggu ini adalah Fotografi lebih sesuai untuk hasil berkualiti tinggi, kerja professional dan seni visual. Manakala, mobilegrafi pula sesuai untuk kegunaan harian, media sosial, perniagaan kecil atau sebagai hobi. Kedua-duanya adalah bentuk seni visual yang penting – bezanya hanya pada alat dan tahap teknikal, bukan nilai artistk.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: