Sesi Cyber Hygiene - Bulan Kesedaran Phishing & Scam Feb 2026

26 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2026, Rabu – Seramai dua orang peserta telah menyertai program Siri Cyber Hygiene sempena Bulan Kesedaran Phishing dan Scam yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama NADI Cybersecurity. Program ini telah berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menerusi platform LMS Cybersecurity.

Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman siber yang semakin berleluasa, khususnya penipuan dalam talian dan serangan phishing. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tutorial menyemak serta mengenal pasti pautan dan nombor telefon scammer, selain penerangan mengenai modus operandi scam terkini yang sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Peserta yang hadir terdiri daripada individu berumur 17 tahun ke atas dan merupakan ahli berdaftar NADI. Mereka juga digalakkan membawa telefon pintar masing-masing bagi mempraktikkan secara langsung langkah-langkah keselamatan yang dipelajari sepanjang sesi berlangsung.

Walaupun penyertaan pada sesi kali ini melibatkan dua orang peserta, program ini berjaya memberikan pendedahan yang jelas dan praktikal mengenai kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan pengguna telefon pintar, ibu bapa dan usahawan.

Pihak NADI Bengoh berharap agar lebih ramai komuniti setempat akan menyertai sesi-sesi akan datang bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam melindungi diri daripada jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali