WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - EP 5: Tai Chi untuk Stress Relief Senaman Tenangkan Minda & Tidur Lebih Lena | E107
25 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2026, hari Khamis, NADI Bengoh telah mengadakan penyertaan dalam program EP 5: Tai Chi untuk Stress Relief – Senaman Tenangkan Minda & Tidur Lebih Lena (E107) pada jam 3.40 petang. Program ini telah disertai oleh seorang peserta di NADI Bengoh.
Dalam episod ini, Master Yong, Taichi Master dari Chinwoo Stadium, berkongsi rutin serta teknik Tai Chi yang mudah dan sesuai diamalkan bagi membantu menenangkan minda, mengurangkan tekanan serta menyokong kualiti tidur yang lebih baik.
Peserta diperkenalkan kepada pergerakan Tai Chi yang perlahan, terkawal dan berfokus kepada pernafasan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu tubuh kekal aktif, malah memberi ruang untuk seseorang memberi perhatian kepada kesejahteraan fizikal dan mental.
Melalui program ini, peserta digalakkan untuk meluangkan masa seketika untuk diri sendiri dengan menarik nafas, bergerak secara perlahan dan menenangkan fikiran. Program sebegini diharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga keseimbangan antara kesihatan tubuh dan minda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: