Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 7
24 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 23 Februari 2026 – NADI Bengoh telah menganjurkan Kelas Mahir Foto bagi Minggu 7 dengan topik Basic Fotografi Lighting, Outdoor Natural Light. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang berminat untuk memperkukuh kemahiran asas dalam teknik pencahayaan fotografi.
Sesi pembelajaran memberi fokus kepada penggunaan cahaya semula jadi di luar bangunan seperti side light, back light, silhouetting dan front light. Peserta didedahkan dengan penerangan mengenai arah dan fungsi cahaya dalam membentuk mood, tekstur serta penampilan subjek dalam sesuatu gambar.
Selain teori, peserta turut menjalani latihan praktikal di kawasan luar bagi mengaplikasikan teknik yang dipelajari. Melalui aktiviti ini, peserta dapat melihat perbezaan hasil gambar berdasarkan sudut dan arah pencahayaan yang berbeza.
Penganjuran kelas ini membuktikan komitmen NADI Bengoh dalam memperkasa kemahiran digital komuniti setempat serta membantu melahirkan individu yang lebih kreatif dan berpengetahuan dalam bidang fotografi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: