WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi Januari

21 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026, iaitu pada hari Khamis, dua orang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai NADI x Keusahawanan yang telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Tajuk webinar kali ini adalah Perancangan Kewangan yang telah berlangsung selama dua jam iaitu bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Webinar ini membincangkan tentang pemahaman mengenai kepntingan rekod kewangan perniagaan seperti bajet modal dan keuntungan. Rekod disenaraikan adalah seperti jualan, kos langsung, kos tenaga kerja, kos pinjaman dan kaedah/teknologi. Penceramah webinar turut menjelaskan tentang apa itu “Aliran Tunai dan Untung”. Aliran tunai adalah pergerakan duit sebenar keluar dan masuk akaun bisner. Kesilapan biasa dilakukan ialah apabila tidak boleh bezakan antara untung dan aliran tunai. Turut dikongsikan adalah mengenai, rancangan kewangan, kos dan strategi harga.

Diharapkan dari penyertaan webinar ini, peserta dapat praktikan ilmu yang diperolehi di dalam perancangan kewangan perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali