Nadi X Cybersecurity - Siri Cyber Hygiene: Asas Keselamatan Siber (Sesi Januari 2026)

23 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2026, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program Siri Cyber Hygiene: Asas Keselamatan Siber anjuran NADI Cybersecurity. Program ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform LMS Cybersecurity dan berlangsung selama satu jam, iaitu dari pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Program ini telah disertai oleh seramai tiga orang peserta yang berumur 17 tahun ke atas. Sepanjang sesi ini, peserta telah didedahkan dengan asas keselamatan siber melalui aktiviti berbentuk tutorial langkah demi langkah bagi menyemak tahap keselamatan aplikasi telefon pintar. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai cara mengenal pasti rangkaian Wi-Fi yang berbahaya serta langkah-langkah melindungi peranti daripada ancaman siber.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang amalan kebersihan siber (cyber hygiene) dalam penggunaan peranti digital dan internet secara selamat.

Melalui program ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan seharian, seterusnya mengurangkan risiko menjadi mangsa ancaman dan jenayah siber. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali