Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 11 (Sesi 1)
22 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2026, hari Isnin, seorang peserta telah menyertai Kelas NADI Mahir Masak Minggu Ke-11 yang diadakan di NADI Bengoh. Kelas ini merupakan salah satu usaha pembelajaran sepanjang hayat yang memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam penyediaan makanan serta mengaplikasikan teknik memasak dengan betul dan selamat.
Bagi Minggu Ke-11, peserta didedahkan kepada Topik 1: Pembuatan Kuih yang merangkumi tiga sesi penyediaan kuih tradisional, iaitu Kuih Bakar, Talam Berlauk dan Vadai. Peserta berpeluang mempelajari kaedah penyediaan serta teknik asas yang sesuai bagi menghasilkan kuih dengan kemas dan berkualiti.
Selain itu, kelas turut mengetengahkan Topik 2: SOP Keselamatan yang memberi penekanan terhadap aspek kebersihan pakaian dan diri, penjagaan kesihatan diri serta pengendalian peralatan dan perkakasan memasak dengan betul. Peserta juga diterapkan dengan amalan memastikan ruang kerja sentiasa bersih dan kemas serta mengelakkan kanak-kanak daripada berada di kawasan memasak.
Penyertaan dalam kelas ini diharapkan dapat membantu peserta menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masakan, di samping membudayakan amalan keselamatan dan kebersihan semasa menyediakan makanan. Program seperti ini turut memberi manfaat kepada peserta untuk meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan secara lebih teratur dan berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: