WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - 10 Minit Fisio Bangun, Duduk, Tunduk - Cara Bergerak Harian Dengan Selamat (E094)

21 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2026, Sabtu – Seorang peserta wanita dari komuniti setempat telah menyertai program Senaman Hujung Minggu: Siri 10 Minit Fisio yang diadakan di NADI Bengoh pada hari Sabtu, 20 Jun 2026, jam 2.30 petang. Program ini menampilkan episod bertajuk “Bangun, Duduk, Tunduk – Cara Bergerak Harian Dengan Selamat” yang memberi pendedahan mengenai teknik pergerakan harian yang betul bagi mengurangkan risiko sakit pinggang, lenguh lutut dan ketegangan badan semasa melakukan aktiviti harian.

Dalam episod bertajuk “Bangun, Duduk, Tunduk – Cara Bergerak Harian Dengan Selamat”, peserta didedahkan kepada kaedah melakukan pergerakan asas harian dengan teknik yang betul bagi mengurangkan risiko kecederaan dan ketegangan pada bahagian pinggang, lutut serta pinggul. Sesi ini amat bermanfaat terutamanya bagi individu yang sering mengalami sakit pinggang, lenguh lutut atau badan cepat berasa tegang ketika melakukan aktiviti harian seperti bangun dari kerusi, duduk, membongkok atau mengambil barang di lantai.

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam rutin harian bagi membantu meningkatkan kualiti hidup, mengekalkan kesihatan fizikal serta mengurangkan risiko kecederaan akibat pergerakan yang kurang tepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali