Kelas Nadi X Mahir - Pertanian Pintar Minggu 8
3 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 2 Mac 2026 – satu sesi Kelas Mahir Pertanian Pintar Minggu 8 telah diadakan di NADI Bengoh pada pukul 9:30 pagi hingga 11:00 pagi dengan topik Vertical Farming. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta.
Melalui sesi ini, peserta mempelajari konsep vertical farming serta kaedah penanaman secara menegak yang dapat menjimatkan ruang dan membantu meningkatkan pengeluaran tanaman dengan lebih sistematik dalam sistem pertanian pintar.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha NADI Bengoh dalam memperkasa komuniti dengan ilmu pertanian moden dan teknologi pertanian pintar, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang pertanian yang lebih sistematik dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: