Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 8
3 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 2 Mac 2026 – Satu sesi Kelas Mahir Foto Minggu 8 telah diadakan di NADI Bengoh pada pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang dan telah dihadiri oleh seorang peserta.
Dalam sesi kali ini, peserta mempelajari topik pencahayaan studio dalam fotografi yang menerangkan tentang penggunaan pencahayaan dalaman (indoor lighting) bagi menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan konsisten. Peserta turut didedahkan kepada peralatan asas seperti lampu strobe, lampu berterusan (continuous light), panel LED serta aksesori seperti softbox, payung dan reflektor dalam penghasilan pencahayaan yang baik semasa sesi fotografi.
Selain itu, berdasarkan pembelajaran yang ditunjukkan, peserta juga mempelajari kegunaan pencahayaan studio dalam pelbagai bidang fotografi seperti fotografi potret, fotografi fesyen, fotografi produk, fotografi makanan serta videografi. Penggunaan pencahayaan yang betul dapat membantu menonjolkan subjek, memberi kesan dramatik, menyerlahkan warna dan tekstur produk, serta menjadikan hasil gambar dan video kelihatan lebih profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: