NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma FlourisHer di NADI Bengoh Minggu Kedua Januari 2026
20 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2026, iaitu pada hari Isnin, dua orang wanita yang merupakan penduduk tempatan telah hadir ke NADI Bengoh untuk menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan kepada komuniti setempat.
Objektif utama program NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Melalui inisiatif ini, NADI di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat yang memerlukan. Turut dikongsikan adalah webinar,podcast dan saluran Studio Sihat yang boleh ditonton dimana-mana dan bila-bila masa.
Diharapkan daripada ilmu yang telah dikongsikan, peserta akan mendapat info yang bermanfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Penyertaan aktif daripada komuniti setempat amat penting bagi memastikan kejayaan inisiatif kesihatan ini. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: