Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 6 (Sesi 1)

18 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelas Mahir Masak Minggu 6 telah dilaksanakan di NADI Bengoh, dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang mengikuti sesi pembelajaran secara langsung di NADI Bengoh.

Pada minggu ini, peserta didedahkan kepada Topik 1: Pembuatan Kek, dengan memberi tumpuan kepada penyediaan dua jenis kek iaitu Baked Cheese Cake dan Moist Chocolate Cake. Sesi pembelajaran ini memberikan peserta pengetahuan asas mengenai kaedah penyediaan kek serta langkah-langkah yang betul bagi menghasilkan kek yang menarik dan berkualiti.

Selain pembelajaran berkaitan penyediaan kek, peserta turut diberikan pendedahan mengenai Topik 2: SOP Keselamatan. Antara aspek yang ditekankan termasuk kebersihan pakaian dan diri, penjagaan kebersihan diri, cara mengendalikan peralatan dan perkakas memasak, memastikan ruang kerja dibersihkan selepas digunakan serta tidak membenarkan kanak-kanak berada di kawasan yang mempunyai peralatan berbahaya.

Pelaksanaan Kelas Mahir Masak ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta dalam bidang penyediaan makanan, khususnya dalam penghasilan produk bakeri. Pengetahuan yang diperoleh juga berpotensi dimanfaatkan sebagai kemahiran tambahan untuk kegunaan harian mahupun sebagai asas kepada peluang menjana pendapatan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali