Nadi X E-Sukan - Penyampaian Sijil Kepada Team Mlbb Musim Kedua Sesi Terbuka

18 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2026 (Sabtu), seramai empat orang peserta daripada NADI Bengoh telah hadir ke NADI Bengoh bagi menghadiri sesi penerimaan sijil penyertaan dan jersi E-Sukan Musim Kedua (Sesi Terbuka).

Penganjuran permainan atas talian E-sukan Mobile Legends: Bang Bang bagi sesi terbuka ini telah memberi peluang kepada belia tempatan untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran masing-masing. Penyampaian sijil penyertaan dan jersi tersebut merupakan tanda penghargaan daripada pihak NADI kepada para peserta atas penglibatan dan komitmen mereka.

Diharapkan segala manfaat dan pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat diaplikasikan demi kesejahteraan diri serta keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali