NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma MenWell di NADI Bengoh Minggu Pertama Januari 2026
18 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2026, iaitu pada hari Sabtu, empat orang penduduk tempatan telah hadir ke NADI Bengoh untuk menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan kepada komuniti setempat.
Objektif utama program NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Melalui inisiatif ini, NADI di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat yang memerlukan.
Diharapkan daripada ilmu yang telah dikongsikan, peserta akan mendapat info yang bermanfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Penyertaan aktif daripada komuniti setempat amat penting bagi memastikan kejayaan inisiatif kesihatan ini. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: