Nadi Nurture E-Kelas Usahawan (Modul 1)

15 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 14 Mei 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Webinar Pemasaran Digital yang bertajuk Strategi Pemasaran Digital yang dijalankan secara atas talian. Webinar tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi dan disertai oleh seorang peserta wanita yang terdiri daripada komuniti sekitar NADI.

Tujuan dan objektif webinar tersebut dijalankan adalah seperti berikut:
• Memberi pendedahan kepada usahawan mengenai konsep dan kepentingan pemasaran digital dalam perniagaan masa kini.
• Membantu peserta memahami strategi pemasaran digital yang berkesan bagi meningkatkan capaian pelanggan dan jualan produk atau perkhidmatan.
• Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan platform digital seperti media sosial, laman web dan aplikasi pemasaran untuk tujuan promosi.
• Memberi panduan kepada usahawan dalam membina jenama perniagaan secara atas talian dengan lebih profesional dan kompetitif.
• Menggalakkan penggunaan teknik pemasaran digital yang kreatif dan kos efektif untuk memperluaskan pasaran perniagaan.
• Membantu peserta mengenal pasti kaedah analisis dan penilaian prestasi pemasaran digital bagi menambah baik strategi perniagaan.

Kami berharap agar apa yang dipelajari semasa webinar tersebut berlansung dapat menjadi tunjuk ajar kepada peserta sebelum memulakan apa sahaja jenis perniagaan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali