WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Penuaan Sihat: Kunci Kehidupan Berkualiti (W163)
15 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2026 (Selasa), seorang peserta telah menghadiri Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bertajuk "Penuaan Sihat: Kunci Kehidupan Berkualiti" yang diadakan di NADI Bengoh. Sesi tontonan webinar berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat sejak usia muda.
Webinar yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shaiful Azlan Bin Kassim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, memberi penerangan mengenai proses penuaan yang sihat serta langkah-langkah mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial bagi menikmati kehidupan yang lebih berkualiti apabila meningkat usia.
Melalui perkongsian ini, peserta memperoleh pengetahuan berguna tentang amalan kesihatan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi menyokong proses penuaan yang lebih sihat. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa penuaan yang berkualiti bermula dengan pilihan dan gaya hidup yang diamalkan sejak hari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: