Nadi X Esukan: Modul 5
15 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu bertarikh 14 Februari 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menghantar wakil untuk menghadiri kelas E-Sukan Modul 5 yang bertajuk Kesihatan Mental Pemain E-Sukan. Kelas tersebut telah dijalankan selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Tujuan kelas tersebut dijalankan adalah untuk berkongsi pengalaman dan memberi kesedaran kepada para pemain E-Sukan khususnya mengenai pentingnya menjaga tekanan mental Ketika bermain permainan di atas talian. Hal ini kerana, kawalan tekanan mental seorang pemain E-sukan akan mempengaruhi mutu dan kualiti permainan semasa perlawanan berlansung.
Kami berharap agar apa yang dikongsikan oleh pihak penganjur dapat dijadikan panduan dan tunjuk ajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: