Webinar Nadi X Cybersecurity Lifelong Learning Sesi Jun 2026
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, Khamis – Seramai dua orang peserta daripada komuniti setempat telah menyertai Webinar NADI x Cybersecurity Lifelong Learning Sesi Jun 2026 yang berlangsung secara dalam talian melalui platform LMS Cybersecurity pada 11 Jun 2026 (Khamis), dari 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Webinar yang bertajuk “Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri” ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber yang semakin berleluasa, khususnya berkaitan kecurian maklumat peribadi dan penyalahgunaan hak bantuan yang sepatutnya diterima oleh individu yang layak.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai taktik yang sering digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdaya mangsa, termasuk melalui panggilan telefon palsu, mesej penipuan, pautan berbahaya serta kaedah pencurian identiti. Peserta turut diberikan panduan tentang langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan bagi melindungi data peribadi dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Program yang menyasarkan golongan pelajar dan ibu bapa ini turut menekankan kepentingan sikap berwaspada ketika berkongsi maklumat peribadi serta kepentingan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan. Selain itu, peserta juga berpeluang menilai tahap pengetahuan mereka melalui aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang webinar.
Program ini selaras dengan usaha berterusan NADI dalam memperkukuhkan literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat, sekali gus mewujudkan komuniti yang lebih bijak dan selamat dalam penggunaan teknologi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: