WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan

27 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2025, iaitu pada hari Isnin, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Maxis eKelas Usahawan yang diadakan secara dalam talian melalui Zoom. Webinar ini terbahagi kepada dua sesi mengikut modul.

Modul pertama adalah Strategi Pemasaran Digital. Sesi ini bertujuan untuk pelajari dari pandangan pakar mengenai strategi pemasaran digital. Peserta didedahkan dengan jenis media sosial yang boleh digunakan sebagai pemasaran digital seperti facebook, Tiktok shop, Instagram dan Whatsapp.

Modul kedua adalah mengenai Penciptaan Kandungan. Sesi ini memberi pendedahan kepada penciptaan kandungan yang strategik daripada pakar. Selain mendapat ilmu tambahan, setiap peserta juga akan diberikan sijil penyertaan untuk menggalakkan penglibatan mereka di masa akan hadapan.

Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali