NADI CYBERSECURITY: WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 25 April 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Keselamatan Siber Untuk Wanita yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai lima orang peserta yang terdiri daripada para komuniti setempat NADI yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3:30 petang sehingga 5:00 petang.

Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan penyertaan kaum wanita khususnya dalam bidang keselamatan siber dengan memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang dan strategi yang boleh membantu mereka membina kerjaya yang berjaya di dalam industri ini.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali