NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI Nurture DiLea

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS EDISI KE-2
Pada Sabtu, 19 April 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-2 yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama dua jam iaitu bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang.

Webinar Berkala Bahasa Inggeris tersebut disampaikan oleh Cikgu Kiran iaitu seorang guru pakar yang berasal dari Kedah. Tujuan program webinar berkala seperti ini dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai soalan-soalan yang berkaitan dengan speaking dan vocabulary. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti butiran berikut:
Speaking & Writing

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali