NADI X AWARENESS - TAKLIMAT LAMAN WEB MERBAHAYA & LINDUNGI DATA PERIBADI
14 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada Selasa, 13 Mei 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X AWARENESS, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Laman Web Merbahaya dan Lindungi Data Peribadi.
Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: Laman Web Merbahaya. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh seorang warga tempatan. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk para peserta sertai untuk menguji pemahaman mereka.
Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: Lindungi Data Peribadi. Taklimat ini disertai oleh seorang peserta dan ia telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai Laman web berbahaya yang membawa kepada virus, pishing dan scam. Sebab itu kita haruslah tahu langkah-langkah yang perlu untuk melindungi data peribadi seperti menggunakan kata laluan yang kuat dan jangan membuka URL sebarangan yang dikongsi. Perkongsian tentang bahaya internet harus disebarkan kepada semua golongan masyarakat. Di hujung taklimat secara atas talian ini, para peserta juga menyertai sesi kuiz secara atas talian, di mana soalan berkaitan dengan taklimat ditanyakan.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: