NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI Nurture DiLea
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniWEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI 1
Pada Sabtu, 12 April 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program Webinar Berkala Sejarah Edisi 1 yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai dua orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama dua jam iaitu bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang.
Webinar Berkala Sejarah tersebut disampaikan oleh Cikgu Faris iaitu seorang guru pakar subjek Sejarah. Tujuan program webinar berkala seperti ini dijalankan adalah untuk berkongsi dengan para peserta kaedah pembacaan aktif SQ3R dan cara pengambilan nota dari system cornell. Antara perkongsian yang dibincangkan adalah seperti butiran berikut:
Meningkatkan kemahiran mencatat nota secara tersusun
- Nota dibahagi kepada tiga bahagian iaitu kata kunci, isi utama dan ringkasan. Meningkatkan kefahaman bacaan.
- Membantu pelajar memahamiisi penting daripada teks dengan lebih berkesan melalui pendekatan yang berstruktur. Mengasah kemahiran analisis dan pemikiran.
- Pelajar akan lebih peka terhadap struktur teks dan idea utama melalui proses menyoal dan menyusun maklumat.
Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: