NADI CYBERSECURITY: WEBINAR PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 10 Mei 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Perlindungan Siber Dan Ancaman Penggodam yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai empat orang peserta yang terdiri daripada para komuniti setempat NADI yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi.
Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk berkongsi dan membincangkan mengenai kandungan webinar dengan memberi gambaran yang menyeluruh tentang konsep asas keselamatan siber, cabaran yang dihadapi serta peranan hacker termasuk ethical hacking dan penetration testing.
Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: