CERAMAH KESEDARAN: JAGA MATA, JAGA HATI
8 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada Rabu, 07 Mei 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah dijemput oleh salah sebuah sekolah rendah yang berdekatan dengan lokasi NADI iaitu SK St. Patrick Semadang untuk menyampaikan ceramah kesedaran yang bertajuk “Bahaya Pronografi Untuk Kanak-Kanak”. Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh dan NADI Kg. Braang Bayur, dengan sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Ceramah turut disampaikan dalam bentuk yang ringan dan interaktif, menggunakan visual berwarna, contoh situasi dan bahasa yang mudah difahami oleh murid berumur 7 hingga 12 tahun.
Antara perkara penting yang di tekankan dalam ceramah tersebut adalah seperti berikut:
- Apa itu kandungan tidak sesuai (seperti pornografi)?
- Kesan buruk kepada minda dan emosi kanak-kanak
- Tindakan yang perlu diambil jika terdedah secara tidak sengaja
- Peranan guru dan ibu bapa dalam membimbing anak-anak di era digital
Kami amat berterima kasih kepada warga sekolah, ibu bapa dan murid yang memberi kerjasama penuh sepanjang program ini dijalankan. Kami berharap agar apa yang kami sampaikan dapat dijadikan ikhtibar dan panduan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: