KELAS MAHIR JAHIT MINGGU KE-11
6 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2025 iaitu pada hari Isnin, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai kelas Mahir Jahit yang diadakan selama dua jam bermula 9:30 petang sehingga 11:30 petang. Kelas dua jam ini adalah kelas gabung yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2.
Kelas tersebut dijalankan di atas talian melalui aplikasi Google-Meet dimana peserta digalakkan untuk datang ke NADI bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI secara percuma.
Kelas minggu ini adalah mengenai pembuatan baju kurung pesak. Dalam topik kali ini, sejarah mengenai baju kurung pesak turut dikongsikan bersama dengan para peserta.
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: