NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI Nurture DiLea
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniWEBINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI KE-2
Pada Sabtu, 03 Mei 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program Webinar Motivasi Pelajar Edisi Ke-2 yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama dua jam iaitu bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang
Webinar Motivasi Pelajar tersebut disampaikan oleh Cikgu Azril iaitu seorang pakar Perunding Hala Tuju Pendidikan Program “Plan My Path”. Tujuan program webinar seperti ini dijalankan adalah untuk membimbing para pelajar untuk memilih hala tuju mereka selepas SPM dengan bijak. Selain itu, penceramah juga turut berkongsi tips untuk membuat permohonan UPU secara On-line dengan menggunakan kaedah mengiraan merit.
Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: