NADI CYBERSECURITY: WEBINAR LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 13 Jun 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Lindungi Identiti Digital Anda yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang terdiri daripada para komuniti setempat NADI yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3:30 petang sehingga 5:00 petang.

Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan melindungi data peribadi dan digital dalam era teknologi maklumat yang pesat. Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam sesi tersebut merangkumi kebocoran data, keselamatan dalam talian, dark web, undang-undang siber, dan teknik LTLR untuk mengurangkan risiko menjadi sasaran serangan siber.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali