WEBINAR PEMASARAN DIGITAL: E-KELAS USAHAWAN – STRATEGI PEMASARAN DIGITAL

12 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 11 Jun 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Webinar Pemasaran Digital iaitu E-Kelas Usahawan yang bertajuk Strategi Pemasaran Digital yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai seorang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat NADI yang menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam iaitu bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Objektif E-Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan tentang konsep asas pemasaran digital, termasuk saluran-saluran utama seperti media sosial, enjin carian, e-mel dan laman web. Selain itu, ianya juga memberi panduan tentang cara merancang, membina dan melaksanakan kempen pemasaran digital yang sejajar dengan objektif perniagaan.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat dijadikan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali