KELAS MAHIR JAHIT MINGGU KE-17

10 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 June 2025 iaitu pada hari Isnin, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai kelas Mahir Jahit yang diadakan selama dua jam bermula 9:30 petang sehingga 11:30 petang. Kelas dua jam ini adalah kelas gabung yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2.

Kelas tersebut dijalankan di atas talian melalui aplikasi Google-Meet dimana peserta digalakkan untuk datang ke NADI bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI secara percuma.

Kelas minggu ini adalah mengenai menjahit tudung dua lapis dan recap kelas. Kelas juga mengajar cara untuk mendraf pola dan memotong fabrik tudung dua lapis. Turut dikongsikan dengan para peserta adalah slide mingguan yang disertakan dengan Teknik mengukur dan template mendraf pola. Para peserta juga boleh menonton semula rakaman kelas di website Mahir.nadi.my.

Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali