NADI X AWARENESS - TAKLIMAT PERISIAN MERBAHAYA DAN LAMAN WEB BERBAHAYA

10 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 9 June 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X AWARENESS, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Perisian Merbahaya dan Laman Web Berbahaya.

Taklimat ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu NADI SAFE: Perisian Merbahaya. Taklimat ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh seorang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.

Taklimat kedua pula adalah NADI SHIELD: Laman Web Berbahaya. Taklimat ini disertai oleh seorang peserta dan juga telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00pm.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai Laman web berbahaya yang membawa kepada virus, pishing dan scam. Oleh itu, masyarakat haruslah mengambil tahu tentang bahaya penggunaan internet. Di hujung taklimat secara atas talian ini, para peserta juga menyertai sesi kuiz secara atas talian.

Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali