KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

27 November 2025 | Aktiviti Terkini

NADI Bengoh telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama NADI Kg Braang Bayur bertempat di SK St Patrick Semadang pada 26 November 2025. Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seramai 2 orang yang terdiri daripada wakil NADI Kluster Kuching. Seramai 25 jumlah murid prasekolah yang terlibat di dalam program tersebut.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian. Setiap peserta telah menunjukan minat dan respon yang aktif semasa sesi program dijalankan. Selain itu, guru juga memberi maklum balas positif dan menyatakan program ini membantu menyokong usaha mereka dalam mendidik murid tentang keselamatan digital serta memberi sokongan tinggi terhadap perlaksanaan program advokasi keselamatan siber secara berkala.

Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali