Taklimat Kesedaran Dalam Talian di bawah Teras NADI x Kesedaran
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 25 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), dibawah program NADI x Kesedaran, sebuah taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian_SAFE & SHIELD & KDB.
Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai seramai 5 orang peserta, iaitu seorang penjaga dan 4 orang kanak-kanak tempatan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai keselamatan siber yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini. Ini termasuk tentang siber buli dalam media sosial, pengantunan kanak-kanak dan scammer yang boleh terjadi kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira status dan umur.
Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang jejak dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: