Program Webinar NADI x CyberSecurity Sesi 2 (2025)
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 25 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara. Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity telah menganjurkan Webinar Keselamatan Siber yang bertajuk “Melindungi Perniagaan Anda: Asas Keselamatan Siber untuk Usahawan”. Program webinar ini mensasarkan peserta dalam kalangan Usahawan, Peniaga Kecil atau individu yang mempunyai minat untuk berniaga serta berkomitmen tinggi untuk memperkasakan diri dengan ilmu keselamatan siber bagi perniagaan mereka.
Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam 45 minit, bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:45 pagi yang telah disertai seramai 1 orang komuniti tempatan.
Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan asas mengenai keselamatan siber yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini. Komitmen daripada petugas NADI adalah dipinta untuk mengenal pasti dan mendaftarkan peserta yang berminat untuk mengetahui topik webinar iaitu, Melindungi Perniagaan Anda: Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat.
Daripada webinar ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang jejak dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: