PODCAST BARU - Asyik Lupa, Mudah Emosi – Drama Queen ke Pemalas ke ADHD Sebenarnya?
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, iaitu pada hari Khamis, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Podcast Baru dari Studio Sihat. Podcast secara langsung ini bertajuk, Asyik Lupa, Mudah Emosi – Drama Queen ke Pemalas ke ADHD Sebenarnya? Podcast ini dari Episod P041 dan Bersama Dr. Zasmani Shafiee, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja.
Ramai tak tahu…
- ADHD dalam perempuan nampak berbeza
- Sering disalah anggap sebagai manja, malas, atau overacting
- Tapi realitinya, mereka struggle diam-diam – dari sekolah, sampai ke tempat kerja
Dalam podcast kali ni, kita bongkar kenapa ramai gadis dan wanita Malaysia terlepas diagnosis ADHD, dan apa yang boleh kita buat untuk bantu.
Podcast ini digalakkan untuk ditonton bagi;
- Seorang wanita yang selalu “lost fokus”
- Kenal anak/perempuan yang sensitif & mudah hilang barang
- Guru, cikgu kaunselor, atau ibu bapa yang nak faham lebih dalam
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: