NADI Kesejahteraan Kendiri REACH - Siri Jelajah Sarawak - Saringan Kesihatan Percuma.
6 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2025, iaitu pada hari Sabtu, NADI Bengoh telah melaksanakan program saringan kesihatan komuniti di bawah inisiatif NADI Kesejahteraan, yang dikenali sebagai REACH JOM SARING, bertujuan memupuk amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit dalam kalangan komuniti sekitar NADI.
Antara objektif utama NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk memperkasakan komuniti untuk menjaga kesihatan mereka. Melalui inisiatif REACH, pasukan perubatan akan berada di NADI untuk membuat saringan kesihatan secara percuma untuk ahli NADI. Setiap NADI yang terlibat digalakkan untuk mempromosi inisiatif saringan kesihatan ini kepada komuniti masing-masing terutamanya mereka yang berada lingkungan 3- 5 km dari premis NADI.
Untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut, NADI Bengoh juga telah mengundang dua orang usahawan tempatan untuk membuka gerai mereka diluar premis NADI untuk menggalakkan lagi kehadiran komuniti setempat.
Sokongan padu daripada komuniti setempat amat penting bagi menjayakan inisiatif kesihatan ini demi kesejahteraan komuniti kita untuk kekal sihat dan sejahtera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: