NADI Nurture: E-Kelas Usahawan
22 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 21 Februari 2025 seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengikuti eKelas Usahawan dibawah NADI Nurture yang diadakan secara dalam talian. Kelas tersebut berlansung selama tiga jam iaitu dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari di bawah kolaborasi pihak Maxis, MCMC dan juga UiTM.
Antara modul pembelajaran yang dibincangkan adalah seperti berikut:
- Strategi Pemasaran
- Penulisan Iklan
- Fotografi Digital
- Merancang & mengukur Impak
Pendigitalan amat penting dalam era digital kini, dan eKelas Usahawan memperkasakan usahawan mikro melalui bengkel pemasaran digital berstruktur, menawarkan kemahiran praktikal dalam fotografi, penulisan kreatif dan pengiklanan dalam talian untuk mengukuhkan kemahiran digital mereka dalam meluaskan peluang pendapatan.
Kami berharap agar apa yang dipelajari di dalam kelas ini dapat menjadi tunjuk ajar kepada para pelajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: