Kelas 3: Mahir Jahit

21 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 20 Februari 2025 seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengikuti kelas ketiga NADI X MAHIR JAHIT yang diadakan secara dalam talian. Kelas tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 9:30 pagi hingga pukul 10:30 pagi di bawah bimbingan Cikgu Sue.

Di dalam kelas kali ini pelajar didedahkan kepada pengenalan asas jahitan iaitu mengenai pemilihan dan penggunaan peralatan yang betul dalam jahitan. Peralatan yang betul perlu digunakan dalam setiap langkah membuat pakaian. Ini penting untuk memudahkan kerja dan menghasilkan pakaian yang berkualiti.

Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memperolehi pengetahuan tentang pemilihan, penggunaan dan penjagaan alatan dan bahan jahitan serta teknik mengambil ukuran badan mengikut peraturan dengan betul dan tepat.

Kami berharap agar apa yang dipelajari di dalam kelas ini dapat menjadi tunjuk ajar kepada para pelajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali